Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Vanuatu

2022-07-30 14:38:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Nikenike Vurobaravu yang dilantik sebagai Presiden Republik Vanuatu semalam.

Xi menyatakan bahawa Vanuatu antara rakan, sahabat dan saudara baik China di rantau kepulauan Pasifik. China dan Vanuatu memperkukuh perkongsian strategik komprehensif, mencapai hasil cemerlang dalam pertukaran dan kerjasama pelbagai bidang, dan menjadi teladan kerjasama negara membangun yang saling menghormati dan bersatu padu dan bekerjasama.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dan Vanuatu. Xi menyatakan bahawa beliau mementingkan perkembangan hubungan China-Vanuatu dan komited berusaha bersama dengan Presiden Vurobaravu demi mencipta masa depan hubungan dua hala yang lebih cerah dan membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.