Industri Bateri Kuasa Berkembang Baik di Tianjin

2022-07-31 21:49:36  CRI
Share with:

Taman bateri kuasa generasi baharu di Baodi, bandar Tianjin, China merekodkan jumlah pengeluaran perindustrian sebanyak 5.325 bilion yuan pada separuh tahun pertama tahun ini, yang menyaksikan peningkatan 70.46% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Kini, industri bateri kuasa menjadi tonggak utama dalam menyumbang pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi di bandar berkenaan.