Pesawat C919 Selesai Penerbangan Ujian

2022-08-01 13:09:23  CRI
Share with:

Pesawat penumpang C919 telah menyelesaikan penerbangan ujian untuk mendapatkan sijil pengesahan daripada pihak berkuasa berkenaan, menurut Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) hari ini.

C919 merupakan pesawat penumpang bersaiz besar yang dikaji dan dibangunkan China sendiri berdasarkan peraturan penerbangan awam antarabangsa.

Pesawat itu direka bentuk merujuk piawaian teknologi yang lebih tinggi serta dilengkapi sistem enjin, avionik dan kawalan penerbangan paling maju yang dibekalkan syarikat berprestij dunia.