China Naik Taraf Perisian di Laluan Orbit BDS-III

2022-08-01 13:29:07  CRI
Share with:

Sistem navigasi satelit global Beidou III (BDS-III) China menyambut ulang tahunnya yang kedua pada Ahad.

Menyorot kembali kisah BDS-III sepanjang dua tahun lalu, sistem tersebut beroperasi dengan stabil dan menyediakan perkhidmatan navigasi berkualiti kepada lebih 100 juta pengguna di lebih 120 negara dan wilayah.

Baru-baru ini, pasukan pengendali melakukan penaiktarafan terhadap perisian di laluan orbit sistem tersebut untuk mengoptimumkan fungsi perkhidmatan globalnya.

Pada masa ini, terdapat 45 satelit Beidou yang meliputi 15 satelit Beidou-2 dan 30 satelit navigasi Beidou-3 beroperasi dengan stabil di orbit.

Penaiktarafan perisian kali ini bertujuan untuk mengurangkan kerosakan teknikal sistem tersebut bagi meningkatkan prestasi pengoperasian yang stabil di orbit dan keupayaan menangani masalah.

Jurutera Pusat Pengesanan dan Arahan Satelit Xi’an, Li Wenshu menyifatkan kerja penaiktarafan yang melibatkan kebanyakan satelit kali ini sebagai tugasan yang berat, rumit dan sukar untuk dijalankan.

Menurutnya, kerja tesebut dijalan dengan lancar ketika ini dan dijangka diselesaikan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Untuk rekod, rancangan penyelesaian yang dibuat berdasarkan BDS-III dalam bidang pengukuran dan pemetaan tanah, pertanian ketepatan dan pelabuhan pintar telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di pelbagai negara Asia, Eropah Timur dan Afrika.

Manakala produk Beidou pula telah akses di lebih separuh daripada jumlah keseluruhan negara dan wilayah di dunia.