CICPE Labuhkan Tirai, Berjaya Tarik Lebih 280 Ribu Pengunjung

2022-08-01 14:07:06  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi kedua yang berlangsung selama enam hari telah melabuh tirainya di Haikou pada Sabtu.

 

Menurut statistik yang dicatatkan sehingga pagi hari terakhir ekspo itu, jumlah pengunjung dilaporkan melebihi 280,000, manakala para pembeli dan peserta profesional pula melebihi 40,000.

 

Turut difahamkan, terdapat 1,955 buah syarikat dari 61 buah negara dan wilayah dengan membawa lebih 2,800 jenama telah membuat penampilan dalam pameran kali ini.

 

Pada masa sama, pameran kapal pesiaran juga telah diadakan dan berjaya menarik lebih 50 jenama terkenal dari 12 buah negara dan kawasan untuk mempamerkan lebih 200 buah kapal pesiaran, sekali gus menyaksikan peningkatan 89% berbanding CICPE tahun lalu.

 

Untuk edisi kali ini, keluasan pameran negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Laos, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand dilaporkan mencecah 6,000 meter persegi.

 

Produk bermutu tinggi melibatkan sains dan teknologi elektronik, gaya kehidupan, makanan dan produk kesihatan yang dibawakan negara RCEP mendapat sambutan baik dalam pameran tersebut.

 

Bagi para pengusaha negara RCEP, masing-masing berharap agar ia dapat diulangi pada penganjuran CICPE yang seterusnya.

 

Presiden KPMG untuk Asia-Pasifik dan China, Honson To menyatakan bahawa, CICPE bukan sahaja berjaya menunjukkan daya tarikan pasaran China yang berskala amat besar, malah turut membina hubungan kerjasama antara China dengan pelbagai negara supaya produk berkualiti tinggi di dunia diperkenalkan kepada para pengguna China.

 

“Serentak itu, melalui aktiviti promosi dalam CICPE, kegawatan ekonomi dunia diubah pada tahap tertentu, di samping memperluas pembekalan peringkat tinggi dan sederhana,” ujar beliau.

 

Sejumlah besar peserta CICPE turut melihat ekspo tersebut sebagai jendala penting bagi mengetahui perubahan pasaran pengguna China.

 

Rata-rata mereka menyatakan bahawa maklumat yang disampaikan daripada ekspo ini telah mendorong para peniaga dari pelbagai negara bekerjasama untuk bersama-sama membina masa depan lebih cerah.