Stesen Angkasa China Bakal Jadi “Ibu Pelabuhan Angkasa”

2022-08-02 12:06:12  CRI
Share with:

Kumpulan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China memaklumkan satu lagi modul eksperimen, iaitu Mengtian yang seberat 20 tan bakal dilancarkan pada bulan Oktober.

Pada masa itu, modul teras Tianhe, modul eksperimen Wentian dan Mengtian akan membentukkan rangka seperti huruf “T”, sekali gus menandakan pembinaan stesen angkasa China di orbit akan dimuktamadkan.

 

Kemudian, teleskop rondaan China di ruang angkasa yang pertama akan menjalankan penerbangan di orbit sama dengan stesen angkasa, dan stesen angkasa akan menjadi “ibu pelabuhan” bagi teleskop supaya ia boleh berlabuh pada bila-bila masa.

 

Menurut Ketua Pengarah Sistem Stesen Angkasa Projek Aeroangkasa Bermanusia China, Wang Xiang, meskipun tempoh operasi stesen angkasa hanya 10 tahun jika merujuk kepada rekaan, namun tempoh itu boleh dilanjutkan lagi melalui penyambungan modul baharu, modul lama dan baharu boleh digantikan serta merta.