Harap Mesyuarat Kerjasama Asia Timur Suntik Momentum Baharu kepada Kedamaian Serantau

2022-08-02 18:43:18  CRI
Share with:

Siri mesyuarat menteri luar berhubung kerjasama Asia Timur diharap terus menghimpunkan konsensus pelbagai pihak, memperkasa perpaduan dan kerjasama, menggalakkan pemulihan dan pembangunan, di samping menyuntik momentum baharu kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat media di Beijing hari ini berkata, China sentiasa memandang ASEAN sebagai tenaga penting dalam memelihara kedamaian dan mendorong integrasi ekonomi serantau.

China juga menyokong kepusatan ASEAN dalam kerangka serantau serta peranannya yang lebih penting dalam urusan antarabangsa dan serantau.

Difahamkan, Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi akan menghadiri mesyuarat menteri luar China-ASEAN (10+1), mesyuarat menteri luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), mesyuarat menteri luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mesyuarat menteri luar Forum Serantau ASEAN (ARF) yang akan berlangsung di Phnom Penh.

Wang juga dijadual mengadakan lawatan ke Kemboja atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Prak Sokhonn.