China Keluar Amaran Pelayaran

2022-08-02 13:47:17  CRI
Share with:

Pihak berkuasa keselamatan maritim China mengeluarkan amaran pelayaran melibatkan sebahagian perairan di Laut China Selatan dan Laut Bohai.

Jabatan Pentadbiran Keselamatan Maritim Qinglan dalam satu kenyataan menjelaskan, sebahagian perairan Laut China Selatan dilarang masuk pada 2 hingga 6 Ogos kerana latihan ketenteraan.

Sementara itu, Jabatan Pentadbiran Keselamatan Maritim Dalian mengeluarkan larangan pelayaran membabitkan bahagian utara Laut Bohai yang menjadi lokasi latihan menembak peluru hidup pada 1 hingga 4 Ogos.