Pameran Warisan Budaya Tidak Ketara Diadakan di Xinjiang

2022-08-02 15:02:54  CRI
Share with:

 

Pameran warisan budaya tidak ketara yang bertemakan “Khazanah Budaya dan Warisan Budaya Tidak Ketara Rakyat” telah dirasmikan di Urumqi, ibu kota wilayah autonomi Xinjiang, pada Ahad.

 

Di ruang pameran seluas kira-kira 5,000 meter persegi, sebanyak 339 buah projek warisan budaya tidak ketara yang unik dan berprestij telah dipamerkan.

 

Para wakil pewaris telah membuat pertunjukan teknik yang menakjubkan di lokasi pameran.

 

Mereka turut saling bertukar-tukar dengan para pengunjung bagi memastikan warisan budaya tidak ketara bukan sahaja diketahui, malah dapat diwaris dan juga digabungkan dengan kehidupan moden.