DPP Heret Taiwan ke Kancah Musibah

2022-08-03 17:09:03  CRI
Share with:

Cubaan mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’ melalui persubahatan dengan kuasa luar demi kepentingan diri sendiri, hanya akan mengheret Taiwan ke dalam kancah musibah. 

Amaran itu diberikan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Ma Xiaoguang pada Rabu susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan.

Ma berkata sejak sekian lama pihak berkuasa Parti Demokratik Progresif (DPP) yang diketuai Tsai Ing-wen berdegil mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’, enggan mengiktiraf Konsensus 1992, terang-terangan mencanangkan ‘teori dua negara’, dan memfitnah dasar ‘satu negara, dua sistem’ secara sewenang-wenangnya.

Menurutnya, kedegilan pihak berkuasa DPP melobi kunjungan Pelosi itu merosakkan pembangunan hubungan rentas selat secara damai, membahayakan kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan, serta menjejaskan kepentingan bersama rakyat di kedua-dua belah selat.

“Sejarah telah dan akan terus membuktikan, cubaan mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’ dan amalan mengkhianati kepentingan negara pasti akan menemui kegagalan.

“Ketegasan, iltizam dan keupayaan rakyat China dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah tidak boleh dipandang rendah,” tegas beliau.