AS Digesa Jangan Tergelincir Lebih Jauh ke Jalan yang Salah

2022-08-03 01:33:34  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa supaya tahu benar akan segala selok-belok isu Taiwan dari sudut sejarah, menyedari fakta dan status quo bahawa kedua-dua belah Selat Taiwan milik satu negara China.

Gesaan itu dibuat Pejabat Kerja Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menerusi kenyataan pada Selasa, sebagai reaksi terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan.

Kenyataan itu berbunyi, lawatan mengejut Pelosi tersebut mendedahkan pakatan sulit antara AS dengan Taiwan, dengan sifat yang mengejikan dan kesan yang serius.

Tindakan Pelosi itu mencemarkan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China, serta bertentangan dengan prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

Selain menginjak-injak undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, ia juga mematahkan komitmen politik yang dibuat AS kepada China.

Dalam kenyataan itu, China meluahkan bantahan keras dan mengecam kunjungan Pelosi berkenaan.

Negara Tembok Besar itu mendesak supaya AS menegakkan prinsip satu China dalam bentuk tindakan konkrit, melaksanakan tiga pengumuman bersama berkenaan, dan mengelak daripada tergelincir lebih jauh ke jalan yang salah.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Parti Demokratik Progresif (DPP) digesa supaya melepaskan sepenuhnya cubaan mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’, dan berhenti menempuh jalan ‘kemerdekaan’ menuju ke kebuntuan.

Sebarang aktiviti pemisahan akan dihancurkan berkat semangat perpaduan rakyat China serta usaha penyatuan semula.