AS, Jangan Berkhayal Halang Penyatuan Semula China

2022-08-03 13:38:01  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi berdegil membuat lawatan ke Taiwan tanpa mempedulikan bantahan keras daripada China.

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi berkata tindakan provokatif itu bertentangan dengan prinsip satu China dan mencemarkan kedaulatan China, sehingga membangkitkan kemarahan rakyat China dan bantahan meluas masyarakat antarabangsa.

Katanya, hal ini sekali lagi membuktikan bahawa segelintir politikus AS menjadi ‘pengacau’ hubungan China-AS, manakala AS ‘perosak terbesar’ terhadap keamanan Selat Taiwan dan kestabilan serantau.

Wang turut mengingatkan AS supaya jangan berangan-angan untuk menghalang proses penyatuan semula China atau menjejaskan pembangunan China, jangan berkhayal untuk membuat percaturan geopolitik serta memutarbelitkan fakta secara sewenang-wenangnya.

“Prinsip satu China menjadi ‘sauh’ bagi keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan, dan tiga pengumuman bersama China-AS merupakan ‘rel adang’ sebenar untuk memastikan kedua-dua negara hidup bersama secara damai.

“Cubaan menjalin pakatan sulit dengan AS untuk mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’ pasti akan gagal, begitu juga niat mengekang China dengan mempergunakan isu Taiwan,” ujar Wang.