‘Bapa Harimau’ di Zoo Shanghai

2022-08-03 15:57:05  CRI
Share with:

Terdapat lebih 50 ekor harimau di Zoo Shanghai. Selepas beberapa ibu harimau melahirkan anak, menjaga anak-anak harimau itu telah menjadi misi Yang Junjie, Zhou Qi dan Wang Yinhao, tiga penjaga lelaki yang muda. Oleh itu, ketiga-tiga penjaga itu dipanggil ‘bapa harimau’. Mereka kini menjaga dua ekor anak harimau dan tiga ekor anak kugar dengan amat teliti seperti menjaga anak sendiri.