Lawatan Pelosi Jejas Kedamaian dan Kestabilan Selat Taiwan

2022-08-03 00:29:49  cri
Share with:

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan melanggar teruk prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta memberi impak serius kepada asas politik hubungan kedua-dua negara.

Kecaman itu dikeluarkan Kementerian Luar China menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, lawatan Pelosi mencabul kedaulatan dan keutuhan wilayah China, merosakkan kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan, di samping memberi mesej salah kepada kuasa pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’.

China telah mengemukakan bantahan keras kepada pihak AS.

Kenyataan itu menegaskan bahawa isu Taiwan merupakan urusan dalaman China, dan sebarang negara lain tidak berhak menjadi pengadilnya.

AS didesak supaya menghentikan amalan mengekang China dengan memainkan isu Taiwan, campur tangan terhadap urusan dalaman China, serta sokongan dalam apa jua bentuk kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’.