Lawatan Pelosi ke Taiwan Undang Kecaman Keras

2022-08-03 17:43:04  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi melakukan lawatan mengejut ke Taiwan pada Selasa, tanpa menghiraukan bantahan keras Beijing.

Banyak negara tampil mengecam sekeras-kerasnya kunjungan Pelosi itu, sambil mengulangi sokongan terhadap prinsip satu China.

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan menyifatkan lawatan Pelosi ke Taiwan sebagai provokasi secara terang-terangan.

Kenyataan itu menyebut, China berhak mengambil tindakan wajar dalam isu Taiwan yang merupakan urusan dalamannya, untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.

Jurucakap Kementerian Luar Iran berkata, menghormati kedaulatan semua negara merupakan salah satu prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau memberi amaran kepada AS supaya tidak melakukan apa-apa perbuatan yang menjejaskan kedaulatan dan integriti wilayah negara lain.

Sementara itu, Kementerian Luar Syria menyelar lawatan Pelosi itu adalah tindakan permusuhan yang melanggar undang-undang antarabangsa, serta amalan tidak bertanggungjawab yang mengancam ketenteraman dunia.