Lawatan Pelosi Dibantah Keras

2022-08-03 01:16:24  Lawatan Pelosi Dibantah Keras
Share with:

Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China membantah keras lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan, China.

Jurucakap NPC dalam ucapan pada Selasa mengecam lawatan itu sebagai amalan yang melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

Ia turut dianggap memberi impak serius kepada asas politik hubungan antara China dan AS, selain memberi mesej salah kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’.

Menurut jurucakap itu, Undang-undang Antipemisahan Negara telah membuat penetapan yang jelas terhadap pegangan prinsip satu China, serta usaha mengekang kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’ dan menolak campur tangan kuasa asing dalam isu Taiwan.

Kerajaan dan rakyat China konsisten dengan pendirian dalam isu Taiwan, dan seluruh rakyat negara ini mempunyai keazaman yang kukuh untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah. Sebarang cubaan untuk menghalang penyatuan semula dan kebangkitan bangsa China pasti akan gagal.

Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) juga mengemukakan bantahan susulan lawatan Pelosi tersebut, yang disifatkan sebagai provokasi politik serius terhadap China.

CPPCC mengesa pihak AS menghentikan hubungan rasmi dalam apa jua bentuk dengan Taiwan, berhenti mencampuri urusan dalaman China, dan tidak mengeluarkan sebarang mesej salah kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’.