Perkhidmatan Sukan CIFTIS 2022 Bakal Libatkan Lebih 120 Syarikat

2022-08-03 11:50:25  CRI
Share with:

 

Segmen perkhidmatan sukan bagi Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 dijangka akan diadakan di Taman Shougang Beijing pada awal September depan.

 

Slogan “Sukan membuatkan bandar lebih dinamik” akan diangkat sebagai tema utama pameran kali ini dengan objektif untuk mendorong kerjasama perdagangan perkhidmatan sektor sukan, di samping membentuk jambatan interaksi industri sukan antarabangsa.

 

CIFTIS 2022 yang dijadual membuka tirai pada 31 Ogos ini akan berlangsung sehingga 5 September di Pusat Konvensyen Nasional dan Taman Shougang Beijing dengan menyediakan 9 segmen.

 

Kesemua segmen tersebut adalah termasuk bidang telekomunikasi, serta perkhidmatan seperti komputer dan maklumat, kewangan, kebudayaan dan pelancongan, pendidikan, sukan, rantai pembekalan dan perniagaan, konsultasi projek dan pembinaan, kesihatan serta persekitaran.

 

Menyentuh mengenai segmen perkhidmatan sukan, Naib Ketua Jabatan Sukan Beijing, Chen Jie menyatakan bahawa segmen tersebut akan melibatkan perkhidmatan termasuk sukan antarabangsa, promosi pencapaian Sukan Olimpik, pertandingan acara sukan, penggunaan sukan, sukan pintar, integrasi sukan, senaman orang awam dan kehidupan luar.

 

Jelas beliau, lebih 10 forum, mesyuarat dan aktiviti terbabit akan diadakan sepanjang pameran segmen sukan kali ini.

 

Buat masa kini, terdapat lebih 120 buah syarikat dan institusi yang sudah mengesahkan untuk menyertai pameran segmen tersebut secara fizikal.