PLA Adakan Latihan Tempur di Sekitar Pulau Taiwan

2022-08-03 15:09:48  cri
Share with:


Medan Perintah Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengadakan latihan tempur bersama di ruang udara dan kawasan perairan di sekitar pulau Taiwan hari ini.

Latihan itu melibatkan pelbagai jenis pesawat termasuk pesawat amaran awal, jet pejuang dan pesawat pengebom.

Di samping itu, kapal perang turut dikerahkan ke perairan timur pulau Taiwan untuk menjalankan latihan bersama dengan tentera udara, termasuk pengepungan di laut dan pemintasan udara.