PLA Siap Siaga Bertindak Balas

2022-08-03 01:44:24  CRI
Share with:

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berada dalam keadaan bersiap siaga dan akan melancarkan siri operasi ketenteraan yang bersasar sebagai tindakan balas.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Pertahanan Wu Qian pada Selasa susulan kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan.

Wu berkata, China komited untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah, serta bertindak tegas menggagalkan campur tangan asing dan cubaan 'kemerdekaan Taiwan'.