Tindakan Balas China Sah, Munasabah

2022-08-04 12:35:03  cri
Share with:

Adalah wajar dan munasabah bagi China mengambil tindakan balas untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah, kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Ma Xiaoguang.

Kata beliau, lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan bukan bagi memelihara ‘demokrasi dan kebebasan’, tetapi provokasi dan pencabulan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah China. Soal Taiwan bukan isu serantau, tetapi urusan dalaman China.

Beliau menyifatkan tindakan China ke atas mereka yang berdegil mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’ dan kuasa asing yang campur tangan sebagai berpatutan, sah di sisi undang-undang dan munasabah.

Ia merupakan tindakan yang diambil sesebuah negara berdaulat bagi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan berdasarkan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa.