China Tegas Pendirian Lindungi Sistem Pengawalan Nuklear

2022-08-04 13:16:08  CRI
Share with:

China telah menerangkan pendiriannya dalam melindungi sistem pengawalan dan pelucutan senjata nuklear antarabangsa yang berdasarkan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

 

Dalam Sidang Perbahasan ke-10 NPT di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa, China menyatakan bahawa sistem pengawalan senjata nuklear seperti NPT telah diserang secara serius.

 

Malah, China memberitahu bahawa dunia menghadapi cabaran baharu yang paling besar pada era selepas Perang Dingin susulan situasi dunia tidak menentu ketika ini, serta pandemik dan pemikiran Perang Dingin yang masih berleluasa di arena antarabangsa.

 

Sehubungan itu, China menyokong mendorong pelucutan senjata, pengawalan nuklear dan menggunakan tenaga nuklear secara aman supaya NPT dapat berperanan dalam pembangunan dan kedamaian sedunia.

 

China juga menegaskan pendirian untuk menentang “dwistandard” dalam bidang pengawalan senjata nuklear.

 

Menurut China, kerjasama kapal selam nuklear antara Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia telah menyebabkan risiko tinggi penyebaran nuklear dan melanggar NPT, manakala “perkongsian nuklear” pula mempertajam risiko penyebaran dan konflik nuklear.

 

Terdahulu, Ketua Jabatan Kawalan Tentera Kementerian Luar China, Fu Cong menyatakan bahawa AS perlu menarik balik senjata nuklear yang ditempatkan di Eropah dan tidak mengaturkan senjata nuklear di sebarang kawasan lain.

 

“Sebarang percubaan yang mencotohi model ‘perkongsian nuklear’ di rantau Asia Pasifik akan menjejaskan keseimbangan strategik dan kestabilan serantau.

 

“Oleh itu, perbuatan sedemikian pasti akan menghadapi bantahan keras dan tindakan balas yang ketat daripada negara rantau ini,” jelas beliau baru-baru ini.

 

Sementera itu, China turut berpegang teguh bahawa penggunaan tenaga nuklear tidak sepatutnya mengorbankan alam sekitar dan kesihatan manusia.

 

Oleh itu, kerajaan Jepun perlu memandang serius terhadap keprihatian negara jiran dan masyarakat antarabangsa dalam masalah pelepasan air kumbahan nuklear Fukushima supaya menjalankan perbincangan sepenuhnya dengan pihak terlibat dan institusi antarabangsa yang berkenaan sehingga mencari langkah penyelesaian yang paling sesuai.