Pelosi Jejaskan Ekonomi, Reputasi AS

2022-08-04 12:45:35  CRI
Share with:

Isu Taiwan merupakan isu yang paling penting, teras dan sensitif dalam hubungan China dan Amerika Syarikat (AS).

 

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan pada 2 Ogos juga merupakan provokasi serius, di samping tekanan besar yang sudah sedia ada.

 

Terdahulu, pihak AS bahkan berulang kali berjanji bahawa dasar Satu China tidak pernah dan tidak akan berubah, serta AS tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”.

 

Namun, “perjudian dan pemasaran politik” Pelosi telah menjejaskan reputasi AS serta dasar politik antara China-AS, selain pelbagai lagi bidang dalam hubungan dua hala.

 

Hubungan ekonomi dan perdagangan adalah komponen penting hubungan China-AS.

 

Untuk rekod, China kekal sebagai sumber pengimportan terbesar bagi AS, dengan jumlah pengimportan AS dari China menempati 16.7% jumlah pengimportan AS. Malah, terdapat lebih 70,000 buah syarikat Amerika yang mengendalikan perusahaan di China, dengan 97% daripadanya memperolehi keuntungan.

 

Baru-baru ini juga, pemimpin AS baharu menyatakan harapannya untuk menjalankan kerjasama bersama-sama China dalam bidang dengan kepentingan yang sama.

 

Namun, tindakan Pelosi yang melepasi garisan batas hubungan China-AS demi mengejar keuntungan peribadi itu sebenarnya mengundang kerosakan terhadap keseluruhan kepentingan rakyat dan negaranya.

 

AS sebenarnya akan bertindak sehaluan dengan China, iaitu negara selaku rakan dagang terpenting baginya dan ia merupakan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

 

Tindakan AS merosakkan hubungan dengan China akan membawa pengaruh terhadap unjuran keseluruhan ekonomi dan perdagangan dunia.

 

Siri akta yang dikeluarkan AS telah mengehadkan perdagangan antarabangsa yang normal supaya kos pengeluaran sejagat bertambah dan melahirkan kesan negatif terhadap ekonomi sejagat.

 

Pakar turut berpendapat, sekiranya hubungan China-AS menjadi lagi buruk, China boleh mempertimbangkan mengurangkan pegangan perbendaharaan AS, sekali gus menjadikan tekanan lebih besar bagi AS.

 

Selain itu, mereka berpandangan bahawa China masih ada banyak langkah ekonomi dan perdagangan sekiranya AS terus mengambil tindakan yang salah.

 

Tindakan politikus AS mustahil mengubah sejarah dan fakta tentang Taiwan dimiliki China, dan usaha penyatuan negara China tidak dapat dihalang.