Lengan Mekanikal Kecil Kabin Wentian Mula Operasi

2022-08-04 12:07:22  CRI
Share with:

Lengan mekanikal kecil luar kabin Wentian di Stesen Angkasa Lepas China mula bertugas untuk memasang dan menukar muatan luar kenderaan secara sendiri.

Terdahulu, lengan mekanikal itu turut berjaya menyelesaikan ujian dalam orbit dengan kendalian di Bumi.

Sebagai "bintang" stesen angkasa lepas, lengan mekanikal kecil itu berfizikal lebih halus berbanding lengan mekanikal besar yang dilengkapi pada modul teras.

Mempunyai panjang sehingga 6 meter dan ruang operasi seluas 5 meter, ia mampu menampung muatan seberat 3 tan secara maksimum serta boleh menyelesaikan enam tugas.

Ia adalah termasuk sokongan aktiviti luar kenderaan (EVA), pemeriksaan keadaan luar kenderaan, pemindahan dan pemasangan kargo luar kenderaan, pembaikan luar kenderaaan, pemeliharaan terhadap muatan, pengekalan peralatan optik, selain bercantum dengan lengan mekanikal besar dan membentuk lengan mekanikal gabungan.