Taiwan, Sebahagian Wilayah yang Tidak Boleh Dipisahkan dari China

2022-08-05 14:10:06  CRI
Share with:

Mengimbas kembali ketika berhubung dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada pada malam 28 Julai, Presiden China Xi Jinping telah menegaskan pendirian China berhubung isu Taiwan.

Menurut Xi, sejarah isu Taiwan adalah amat jelas, manakala fakta bahawa kedua-dua pantai Selat Taiwan yang berada di bawah payung satu China pula diketahui umum.

"Tiga komunike antara China dengan Amerika Syarikat (AS) merupakan komitmen politik antara satu sama lain, dan prinsip Satu China adalah asas politik hubungan bilateral.

"Kami dengan tegas menolak cubaan pemisah untuk ‘kemerdekaan Taiwan’ dan campur tangan asing, dan tiada ruang untuk berlakunya sebarang pemisahan dalam apa jua bentuk," kata beliau.

Jelas Xi, kerajaan dan rakyat China berpendirian tegas serta konsisten untuk tidak berganjak daripada usaha mempertahankan kedaulatan negara serta keutuhan wilayah.

Justeru, beliau berkata keinginan rakyat tidak boleh dicabuli, dan sikap AS yang mahu bermain api hanya akan menjerat diri sendiri.

"AS diharap menyedari perkara ini, memegang kepada prinsip Satu China dan melaksanakan tiga komunike kedua-dua negara," ujar Xi.

Pada April 1895, Jepun melancarkan perang pencorobohan menyasarkan China, dan merampas Taiwan dengan memaksa pemerintah Dinasti Qing ketika itu menandatangani Perjanjian Shimonoseki.

Pada Julai 1937, Jepun mengulangi pencerobohan terhadap China secara menyeluruh, dan dalam Pengumuman China Berperang dengan Jepun pada Disember 1941, kerajaan China membatalkan kesemua perjanjian dan kontrak yang melibatkan hubungan China dan Jepun termasuk Perjanjian Shimonoseki, dan akan menawan semula Taiwan.

Menurut Perisytiharan Kaherah yang diumumkan China, AS dan Britain pada Disember 1943, Jepun mengembalikan wilayah Timur Laut tanah besar China, Taiwan dan Kepulauan Penghu yang dirampasnya kepada China.

Berdasarkan Perisytiharan Potsdam yang ditandatangani China, AS dan Britain pada 1945 dengan pemeterai Kesatuan Soviet menyatakan, "syarat yang tergabung dalam Perjanjian Kaherah semestinya terlaksana".

Pada Ogos tahun yang sama, Jepun menyerah kalah dan berjanji "melaksanakan kesemua kewajipan dalam Perisytiharan Potsdam dengan kesetiaannya". Pada 25 Oktober, kerajaan China memulihkan kedaulatan terhadap Taiwan dan Kepulauan Penghu.

Pada 1 Oktober 1949, rakyat China memenangi Revolusi Demokrasi Baharu dan menubuhkan Republik Rakyat China (PRC) yang menggantikan kerajaan Republik China (ROC), sekali gus menjadi satu-satunya kerajaan yang mewakili China dalam arena antarabangsa.

Walaupun Parti Kuomintang (KMT) mengundurkan diri ke Taiwan dan meneruskan nama kerajaan ROC, namun ia tidak dapat mewakili China dan hanya adalah pihak berkuasa tempatan di wilayah China.

Pada 15 November 1971, kerusi yang sah milik PRC dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dipulihkan. Menurut resolusi No. 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), "wakil PRC adalah satu-satunya wakil yang sah dalam PBB", sementara Jabatan Urusan Perundangan Sekretariat PBB pula menyatakan, "Taiwan tiada kedudukan merdeka selaku suatu provinsi China".

Pada 16 Disember 1978, China dan AS bersama-sama mengeluarkan komunike penjalinan hubungan diplomatik.

Kerajaan AS menerima tiga prinsip yang dikemukakan China, iaitu memutuskan hubungan dengan Taiwan, menarik balik pasukan dan kemudahan, serta membatalkan perjanjian dengan Chiang Kai Shek.

Dengan itu, kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik secara rasmi mula 1 Januari tahun 1979. AS mengiktiraf "PRC adalah satu-satunya kerajaan yang sah di China" dan "hanya ada satu China, dan Taiwan adalah sebagaian daripada China".

Dimaklumkan, tiga komunike antara kedua-dua negara adalah Komunike Penjalinan Hubungan PRC dengan AS, Komunike Shanghai yang ditandatangani pada 28 Februari 1972, dan Komunike 17 Ogos yang ditandatangani pada 1982.

AS menegaskan prinsip Satu China dalam ketiga-tiga komunike tersebut, yang menjadi dokumen sejarah penting mengenai hubungan bilateral dan isu Taiwan.