Kenyataan Pegawai AS Putarbelit Fakta

2022-08-05 11:33:09  CRI
Share with:

Kenyataan pegawai Amerika Syarikat (AS) mengenai situasi Selat Taiwan memutarbelitkan fakta, bagaikan pencuri berteriak hendak menangkap si pencuri.

Ia juga memperlihatkan sifat AS yang selaluya suka mendominasi, sewenang-wenang dan tidak berprinsip.

Kecaman itu dizahirkan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat media pada Khamis.

Baru-baru ini, pegawai Jabatan Negara AS yang namanya tidak didedahkan berkata bahawa China tidak seharusnya mengejar mengubah status quo berkaitan Taiwan susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan.

Pegawai itu juga mendakwa China perlu bertanggungjawab jika tercetusnya ketegangan atau krisis di Selat Taiwan.

Sehubungan dengan itu, Hua menegaskan bahawa sebarang ketegangan yang tercetus di Selat Taiwan adalah disebabkan pihak AS. Ia berpunca daripada kedegilan Pelosi melawat ke Taiwan demi kepentingan sendiri, yang melanggar dasar satu China.