Menteri Luar China Tegas Sangkal Kenyataan G7 mengenai Taiwan

2022-08-05 12:39:54  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar Wang Yi tegas menyangkal kenyataan berkaitan Taiwan oleh menteri luar Kumpulan Tujuh (G7).

Wang berkata, jelas bahawa segala selok-belok situasi Selat Taiwan menjadi tegang, begitu juga yang sebenarnya tentang perkara itu.

Amerika Syarikat (AS) adalah yang menimbulkan masalah, mencetuskan krisis dan meningkatkan lagi ketegangan.

"Provokasi terang-terangan oleh AS mewujudkan duluan yang mengejikan. Kalau tidak dibetulkan atau dibantah, adakah prinsip tiada campur tangan dalam urusan dalaman masih relevan?

"Adakah perlunya menjunjung undang-undang antarabangsa dan macam mana mempertahankan keamanan serantau?” kata beliau sempena mesyuarat menteri luar bagi kerjasama Asia Timur di Phnom Penh, Khamis.

Wang mengkritik kenyataan G7 berkenaan memutarbelitkan fakta dan mengelirukan yang betul dan yang salah.

"Di manakah mereka berhak menuduh China mengambil langkah yang sah dan munasabah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah?

"Siapakah yang memberikan kuasa sebegitu kepada mereka? Bukankah tidak masuk akal bahawa pelanggar dilindungi sedangkan pembela dituduh?" kata beliau.

Beliau turut menggesa supaya masyarakat antarabangsa tegas menolak sebarang tindakan yang mencabar prinsip satu China dan memboikot semua cubaan yang mencabul kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

"Negara serantau perlu bersatu padu dan menentang kuasa hegemoni bertindak membuli di rantau ini. Hanya begitu, keselamatan sendiri baru dapat dijaga manakala keamanan serantau dapat dipertahankan,” ujar Wang.