China Kena Sekatan ke atas Pelosi

2022-08-05 17:05:09  cri
Share with:

China memutuskan untuk mengenakan sekatan ke atas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi dan ahli keluarga terdekatnya, umum jurucakap Kementerian Luar China.

Keputusan itu dibuat susulan Pelosi berdegil mengadakan lawatan ke Taiwan, China tanpa mempedulikan bantahan keras pihak China.

Lawatan Pelosi mencampuri urusan dalaman China, menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini, serta menginjak-injak prinsip satu China dan membawa ancaman serius kepada kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan.