China Umum Tindakan Balas terhadap Lawatan Pelosi

2022-08-05 20:48:11  cri
Share with:

China mengumumkan tindakan balas sebagai respons terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan.

Antara tindakan balas itu termasuk membatalkan perbualan antara komander teater tentera, perbincangan koordinasi dasar pertahanan dan mesyuarat Perjanjian Perundingan Ketenteraan Maritim, di samping menggantung kerjasama yang melibatkan penghantaran balik imigran haram, bantuan kehakiman atas kes jenayah, pembanterasan jenayah transnasional dan antidadah.

Selain itu, perbincangan mengenai perubahan iklim antara kedua-dua negara turut digantung.