Chen Jialing, Pelopor Seni Lukis Berus Gaya Baharu

2022-08-06 18:29:41  CRI
Share with:

Chen Jialing, pelukis terkenal China yang bergelar sebagai pelopor dalam arena seni lukis berus gaya baharu.

Beliau dilahirkan di Hangzhou, provinsi Zhejiang, China pada tahun 1937.

Dengan menimba teknik daripada lukisan mural China zaman dahulu dan lukisan cat air negara asing, beliau berjaya membentuk gaya tersediri dalam menghasilkan lukisan bunga teratai sejak tahun 1980-an.

Usaha seni Chen tidak sekadar dengan pelukisan pada kertas sahaja. Dengan mendapat inspirasi daripada artis tembikar, beliau mula mencipta karya seninya dengan menggunakan tembikar pada beberapa tahun yang lalu.