Rakan Seluruh Dunia Dialu-alu Lawat Xinjiang

2022-08-06 17:36:56  CRI
Share with:

China akan terus mengalu-alukan rakan-rakan dari seluruh dunia datang melawat ke Xinjiang dan merasai sendiri pengalaman berada di wilayah yang indah dan harmoni itu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying, sebagai respons terhadap kunjungan 32 orang duta asing serta diplomat kanan dari 30 negara Islam ke Xinjiang bermula 1 hingga 4 Ogos.

Menurut Hua, rata-rata pengunjung berkata, dengan mendahulukan rakyat, kerajaan China mencapai kejayaan dalam tadbir urus dan pembangunan Xinjiang. Masyarakat pelbagai etnik menjalani kehidupan yang harmoni dan bahagia, dan kebebasan beragama dan hak lain dijamin.

“Apa yang dilihat mereka sendiri sepanjang perjalanan di Xinjiang sangat berbeza daripada yang dilaporkan media Barat.

“Negara Islam sentiasa mempunyai pendirian yang adil dan teguh dalam isu Xinjiang. Melalui lawatan kali ini, mereka sekali lagi bersuara secara objektif dan adil,” kata Hua.

Ia membuktikan bahawa khabar angin dan pembohongan yang diada-adakan segelintir negara tidak dapat menyembunyikan kebenaran dan fakta, dan niat jahat memburukkan China menggunakan isu Xinjiang nescaya mengalami kegagalan.