PLA Teruskan Latihan Tempur di Sekitar Taiwan

2022-08-06 14:45:37  CRI
Share with:

Perintah Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) terus menjalankan latihan tempur bersama di perairan dan ruang udara di bahagian utara, barat daya dan timur pulau Taiwan pada Jumaat.

Pada petang Khamis, pasukan roket perintah medan itu melancarkan pelbagai model peluru berpandu konvensional menyasar perairan yang ditetapkan di luar bahagian timur pulau Taiwan. Semua peluru berpandu itu mengenai sasaran secara tepat.