Zhao Jie, 'Penyair Liar' dan Puisi Buah-buahannya

2022-08-08 14:20:56  cri
Share with:

Zhao Jie, 47, yang berasal dari provinsi Henan ialah pemilik sebuah kedai buah di Zhuji, provinsi Zhejiang di timur China.

Pada tahun 2001, beliau datang ke Zhuji untuk mencari rezeki.

Pendapatan Zhao menjadi stabil pada 2007, apabila beliau dan isterinya membuka kedai buah.

Pada 2016, Zhao Jie secara tidak sengaja membuka nota yang ditulisnya lebih 20 tahun lalu, sekali gus menghidupkan semula keinginan dan semangatnya untuk menulis.

Selepas itu, beliau mula menjual buah-buahan pada waktu siang sambil menulis puisi pada malam hari. Dalam tempoh enam tahun, sebanyak lebih daripada 300 puisi berjaya dihasilkannya.

Setiap malam, Zhao akan terus berada di kedainya selama sejam selepas kedai tutup untuk mencari ilham dan inspirasi.

Beliau hanya mempunyai pendidikan sehingga sekolah menengah, dan tidak pernah belajar tentang puisi.

Bercakap tentang 'puisi buah-buahan' yang dicipta beliau, Zhao berkata bahawa beliau menyukai puisi sejak kecil, dan menulis puisi untuk merakam kehidupannya.

"Semua orang memanggil saya 'penyair liar'," kata Zhao Jie. 

Beliau menggunakan puisi romantis untuk memberikan ekspresi emosi kepada buah-buahannya dan dalam puisinya, setiap buah mempunyai ciri tersendiri. 

"Setiap kedai dan setiap orang ada cerita sendiri. Saya mahu merakam kehidupan mereka melalui puisi," katanya.

Hari ini, perniagaan beliau semakin baik, kehidupannya pula semakin bahagia dan Zhao Jie berharap untuk menggunakan puisi bagi merakam lebih banyak cerita.

Kedai sarapan berhampiran, orang tua yang menjual tembikai di jalan, dan pelanggan yang datang untuk membeli buah-buahan, semua elemen kehidupan ini akan menjadi inspriasi puisi kepada Zhao Jie.