PLA Teruskan Latihan Bersama Menguji Keupayaan Serangan Ketepatan

2022-08-08 13:12:50  CRI
Share with:

Markas Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) terus menjalankan latihan tempur bersama seperti yang dijadualkan di  perairan dan ruang udara di sekitar pulau Taiwan pada Ahad.

Latihan tempur bersama ini bertujuan menguji keupayaan penembakan bersama untuk menyerang sasaran di bumi dan sasaran udara jarak jauh.

   Angkatan Udara PLA berturut-turut mengerahkan pelbagai jenis pesawat perang yang melibatkan pesawat amaran awal udara, pesawat pengebom, pesawat jamming, pesawat tempur pengebom dan jet pejuang untuk menjalankan latihan seperti peninjauan bersama, operasi kawalan udara, serangan terhadap sasaran di bumi, serta sokongan dan perlindungan udara.

Disokong Sistem Pertempuran Tentera Laut dan Udara, pasukan tentera udara bersama dengan pelbagai sistem roket pelancaran jarak jauh dan tentera peluru berpandu konvensional, menjalankan latihan serangan ketepatan yang bersama terhadap sasaran.

Kumpulan pesawat pengebom terbang melintasi Selat Taiwan dari utara ke selatan dan dari selatan ke utara, sementara beberapa jet pejuang melakukan latihan bersama dengan kapal perang jenis perosak dan frigat.

Operasi ini telah menguji taktik peperangan sistem di bawah keadaan berasaskan maklumat, serta mengasah dan meningkatkan keupayaan untuk memusnahkan sasaran strategik di pulau terbabit dengan serangan ketepatan, kata seorang pegawai Angkatan Udara Medan Timur PLA, Zhang Zhi.