30 Dokumen Kerjasama Serantau Diluluskan Menteri Luar ASEAN

2022-08-08 13:44:12  CRI
Share with:

Kira-kira 30 dokumen kerjasama serantau merangkumi bidang politik, keselamatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan telah diluluskan pada siri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-55 yang menutup tirainya di Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn berkata dalam sidang media pada hari yang sama, para menteri luar negara ASEAN telah mengimbau balik pencapaian dalam usaha mempercepat pembentukan komuniti ASEAN, mendorong integrasi serantau serta mengintensifkan kerjasama ASEAN dengan rakan luaran dewasa ini, di samping menegaskan peri pentingnya memastikan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprhensif Serantau (RCEP) bagi memperkasakan tarikan ASEAN dalam perdagangan, pelaburan dan rantaian pembekalan global.

Dimaklumkanm, selain Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, 19 mesyuarat yang lain termasuk Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan, Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur, serta Mesyuarat Menteri Luar Forum Serantau ASEAN pun telah diadakan di Kemboja dalam tempoh masa tersebut, melibatkan kehadiran menteri luar dan wakil dari 38 buah negara.