Wang Yi: Tiga Kesalahan AS dalam Isu Taiwan

2022-08-08 12:45:32  CRI
Share with:

Berdasarkan situasi terkini dan penjelasan karut pihak Amerika Syarikat (AS), Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang mengadakan lawatan di Bangladesh telah menunjukkan tiga kesalahan dilakukan AS dalam isu lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan, China baru-baru ini.

Pertama, melakukan campur tangan yang kasar terhadap urusan dalaman China. AS degil mengatur lawatan tokoh nombor ketiga kerajaannya ke Taiwan tanpa mengambil kira bujukan dan amaran yang dikeluarkan berkali-kali oleh pihak China. Taiwan bukan sebahagian AS, melainkan wilayah China yang diiktiraf AS dalam janji rasminya. Oleh itu, perbuatan AS dilihat pencabulan yang biadab terhadap kedaulatan China.

Kedua, AS membiarkan dan menyokong kuasa “kemerdekaan Taiwan”. Parti Progresif Demokratik (DPP) sebagai pemerintah sekarang di wilayah Taiwan sudah menjadikan “kemerdekaan” sebahagian manifestonya, dan melakukan kegiatan demi perpisahan Taiwan daripada China tanpa berhenti supaya mewujudkan “dua China” atau “satu China, satu Taiwan”. Speaker Dewan Perwakilan AS memilih secara terang-terangan memihak kuasa pemisah dan bermusuhan dengan rakyat China.

Ketiga, AS yang sudah biasa mencetuskan suatu masalah, kemudian menggunakan masalah tersebut untuk mencapai tujuan strategik sendiri,   mempunyai plot untuk menjejaskan keamanan Selat Taiwan. Oleh itu, lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan dilihat adalah untuk memancing kemarahan China dan menjadikannya sebagai satu alasan untuk meningkatkan kehadiran ketenteraan di rantau ini. Tindakan AS ini patut diwaspada dan ditentang.

Wang berkata, pendirian tegas China dan langkah diambil China adalah sesuai, wajar, rasional, terbuka dan berdasarkan undang-undang. Tujuan China ialah melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah, mencegah plot AS untuk “menyekat pembangunan China melalui isu Taiwan”, menghapuskan ilusi pihak berkuasa Taiwan untuk “mengejar kemerdekaan dengan bergantung pada AS” dan melindungi keamanan Selat Taiwan dan kestabilan serantau.

Wang mengucapkan terima kasih kepada pelbagai negara yang memahami dan menyokong pendirian China. Beliau menegaskan apabila menghadapi tindakan hegemoni, masyarakat antarabangsa perlu mencapai kata sepakat yang lebih jelas, dan mengeluarkan suara yang lebih lantang untuk melindungi tata tertib asas hubungan antarabangsa, undang-undang antarabangsa dan hak serta kepentingan rasional semua negara membangun.