China Bertindak Balas demi Membela Kedaulatan dan Keselamatan Negara

2022-08-08 14:42:42  CRI
Share with:

Terjadinya situasi tegang di Selat Taiwan pada masa ini adalah berikutan provokasi AS, dan pihaknya adalah penanggungjawab terhadap kesan buruk itu. China pernah menerangkan pendirian yang jelas terhadap hubungan dua negara dan dua tentera serta isu Taiwan, terutamanya mengeluarkan bantahan berulang kali tentang lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan. Namun, tindakan AS tidak selaras dengan ucapannya. Washington memilih membiarkan dan menyokong lawatan Pelosi, dan mencetus dengan sengaja situasi yang tegang di Selat Taiwan. Jurucakap Kementerian Perhatanan China, Wu Qian berkata demikian hari ini. 

Baru-baru ini, China telah mengumumkan lapan tindakan balas sebagai respons terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan, antaranya tiga langkah tentang membatalkan pertukaran lawatan ketenteraan antara kedua-dia negara. Ada media AS melaporkan bahawa pucuk pimpinan tentera AS pernah cuba menghubungi pemimpin tentera China melalui telefon, tetapi ditolak oleh China.

Ketika diminta ulasan tentang laporan tersebut, Wu Qian menyatakan, lapan tindakan balas China termasuk membatalkan rancangan perhubungan pemimpin medan tentera kedua-dua negara, pertemuan kerja kementerian pertahanan kedua-dua negara dan sidang mekanisme rundingan keselamatan ketenteraan maritim kedua-dua negara. Tindakan balas berkenaan China adalah amaran yang wajar terhadap lakuan provokasi AS dan Taiwan serta pembelaan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara. Sifatnya sama sekali munasabah dan bersesuaian.  

China membantah AS yang sambil mencipta krisis sambil menyatakan akan mengawal krisis bahkan menggembar-gemburkan isu rekaannya di arena antarabangsa dan mengelirukan khalayak ramai.

China menggesa AS menghormati kepentingan teras dan keprihatinan utama negara ini, melepaskan plot yang mengekang China dengan mempergunakan isu Taiwan, dan jangan bertindak semakin salah dengan menjauhi landasan yang betul.