Teksi Tanpa Pemandu Digunakan di Wuhan dan Chongqing

2022-08-09 13:14:14  CRI
Share with:


Pengguna di kawasan tertentu di zon pembangunan ekonomi bandar Wuhan dan daerah Yongchuan, bandar Chongqing kini boleh memanggil teksi tanpa pemandu mulai Isnin.


Kejayaan itu menandakan kedua-dua kawasan tersebut kini mendahului bandar lain di China dalam pengkomersialan aktiviti memandu automatik, sekali gus menggalakkan inovasi dasar berkaitan, kemajan teknologi dan penggunaan teknologi tersebut secara meluas.


Difahamkan, terdapat lima teksi tanpa pemandu yang beroperasi di kawasan seluas 30 kilometer persegi di daerah Yongchuan, Chongqing, meliputi pusat komersial, sekolah, dan kawasan kediaman.


Manakala di zon pembangunan ekonomi bandar Wuhan pula terdapat lima teksi tersebut yang dikendalikan di kawasan seluas 13 kilometer persegi yang meliputi stesen kereta api bawah tanah dan komuniti penduduk.