China Peka Rancangan Jepun Lepaskan Air Kumbahan Nuklear ke Laut

2022-08-09 13:12:43  CRI
Share with:

Duta Besar China bagi Hal Ehwal Perlucutan Senjata, Li Song telah membentangkan pendirian China tentang penggunaan tenaga nuklear secara damai dengan menyeluruh serta memberikan tumpuan seirus terhadap rancangan Jepun mahu melepaskan air kumpalan nuklear ke laut.

Ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Perbahasan Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT) ke-10 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin, Li Song berkata bahawa impak negatif yang akan dibawa terhadap ekologi maritim, keselamatan makanan dan kesihatan manusia ekoran langkah Jepun melepaskan air kumbahan daripada Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke laut, tidak boleh diabaikan. Kerajaan Jepun membuat keputusan itu sama sekali hanya untuk menjimatkan kos. Mereka belum pernah mempertimbangkan langkah yang lain yang boleh menjadi lebih selamat dan juga tidak menjalankan rundingan dengan negara jiran dan agensi antarabangsa dengan sepenuhnya. Tindakan Jepun itu mencerminkan negaranya tidak mahu memikul tanggungjawab dan juga tidak mahu menjaga asas moral.

Menurut Li, kumpulan kerja teknologi Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) tidak pernah mengeluarkan kesimpulan tentang rancangan pelepasan air kumpahan nuklear Jepun itu, dan hanya mengeluarkan sejumlah pendapat yang mendesak Jepun memberikan penjelasan dan melakukan pembaikan. Namun, Jepun yang bersikap membuta dan membisu meneruskan rancangan mereka tanpa mempedulikan pendapat IAEA.

Li Song menekankan bahawa isu pelepasan air kumpahan nuklear Jepun itu bukan urusan yang hanya melibatkan kepentingan Jepun sendiri. Jepun harus mempertimbangkan kebimbangan masyarakat antarabangsa dan menghentikan pelaksanaan keputusannya.