Letupan Tangki Minyak di Cuba, Xi Utus Kawat Simpati

2022-08-09 13:55:35  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping telah mengutus kawat simpati kepada Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba, Miguel Diaz Canel Bermudez atas berlakunya insiden kebakaran dan letupan tangki minyak di negara itu pada Isnin.

Xi berkata, beliau terkejut pada saat diberitahu insiden yang berlaku di provinsi Matanzas itu yang dilaporkan sudah mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerugian harta dalam bilangan yang besar. Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China serta atas nama sendiri menyampaikan simpati yang ikhlas kepada para mangsa dan keluarga mereka, di samping menyatakan kesudian untuk menghulur bantuan kepada Cuba.