Laporan tentang Jenayah AS Cabul Hak Asasi Manusia

2022-08-09 13:34:34  CRI
Share with:

Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) mengeluarkan satu laporan pada hari ini untuk mendedahkan siri jenayah serius yang melanggar undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat(AS) di Asia Barat dan kawasan sekitarnya. 

Laporan CSHRS yang bertajuk “Jenayah yang dilakukan AS di Asia Barat dan kawasan sekitarnya, pencabulan biadab terhadap hak asasi manusia” itu, memberi tumpuan kepada jenayah AS yang melanggar undang-undang antarabangsa termasuk mencetuskan peperangan, membahayakan keselamatan umat manusia, penahanan secara sewenang-wenang, penggunaan penjara sesuka hati, penyeksaan terhadap tahanan perang, mengenakan sekatan unilateral di Asia Barat dan kawasan sekitarnya, mencabuli hak asasi manusia dan mengakibatkan kemudaratan yang serius.

Sifat hegemoni Amerika beserta kebodohan dan kekejaman politik kuasanya terdedah dalam laporan itu, yang turut membantu khalayak ramai lebih baik menginsafi kemunafikan dan penipuan demokrasi ala Amerika dan anggapan hak asasi manusia ala Amerika.

Statistik dari majalah Smithsonian AS menunjukkan, peperangan yang dicetuskan dan operasi ketenteraan yang dilancarkan AS dengan bertudung “anti-keganasan” merangkumi kira-kira 40 peratus negara di dunia ini.

Manakala laporan projek penyelidikan “kos peperangan” yang dikeluarkan Universiti Brown menunjukkan bahawa lebih daripada 174 ribu orang terbunuh dalam perang Afghanistan, 47 ribu antaranya merupakan penduduk awam.   

Menurut bank statistik dan data global, seramai 209 ribu penduduk awam terbunuh dalam perang dan konflik kekerasan di Iraq dari tahun 2003 hingga 2021, dan 9.2 juta penduduk awam menjadi pelarian atau meninggalkan negara sendiri.

Menurut statistik dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pula, operasi ketenteraan AS telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 350 ribu penduduk awam terbunuh di Syria, lebih 12 juta orang kehilangan tempat tinggal dan 140 juta penduduk awam memerlukan bantuan kemanusiaan kecemasan.

Laporan CSHRS itu turut menyifatkan AS sebagai satu-satunya “negara super dalam bidang sekatan” di dunia berikutan pelaksanaan sewenang-wenangnya sekatan secara sepihak terhadap negara lain. 

Selain itu, Laporan Penilaian Sekatan 2021 Jabatan Perbendaharaan AS menunjukkan bahawa sekatan kendalian negaranya yang berada dalam penguatkuasaan mencatat lebih 9,400 setakat tahun 2021.