Keterangan Bubuhan AS, Australia, Jepun pada Dasar “Satu China”, Haram

2022-08-09 12:09:04  CRI
Share with:

Amerikat Syarikat (AS), Australia dan Jepun dalam satu kenyataan bersama selepas dialog strategik tiga pihak, menegaskan pelaksanaan konsisten dasar “Satu China” dan pendirian asas mereka terhadap Taiwan, namun perlu menambah keterangan bubuhan yakni “dalam keadaan tertentu” di belakang perkataan “Satu China”.

 

Mengulas hal ini, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam menunjukkan bahawa perbuatan sesetengah negara yang menambah imbuhan awal dan imbuhan akhir yang macam-macam pada prinsip “Satu China”, dan memutarbalikkan, mengubah atau mengaburkan prinsip “Satu China” adalah haram dan hanya akan menjadi sia-sia saja. Pendirian China adalah cekal dalam membantah perbuatan seumpama itu.


Wang berkata, prinsip “Satu China” adalah jelas dan tegas, yang bermaksud bahawa hanya terdapat satu negara China di dunia ini, Taiwan sebahagian China, dan pentadbiran Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan yang sah yang mewakili China. Sementara itu, semua negara yang berhubungan diplomatik dengan China dan semua anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wajib mematuhi prinsip “Satu China” dan resolusi No.2758 Perhimpunan Agung PBB tanpa sebarang prasyarat.


Perbuatan sesetengah negara dalam isu Taiwan yang menyalahfaham dan memutarbalikkan prinsip “Satu China”, sebenarnya merupakan cabaran terhadap perinsip asas undang-undang antarabangsa, tata tertib antarabangsa dan order antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua.


Wang menekankan bahawa plot yang bertujuan mencabar prinsip“Satu China”, penguatkuasaan undang-undang dan order antarabangsa pasti dibantah masyarakat antarabangsa dan mustahil berhasil.