Tadbir Urus Wilayah Xinjiang Dipuji Diplomat Negara Islam

2022-08-09 12:07:13  CRI
Share with:

Rombongan diplomat negara-negara Islam telah menyanjung tinggi tadbir urus kerajaan China di wilayah Xinjiang yang mengutamakan kepentingan rakyat, usaha gigih penduduk tempatan dan pencapaian cemerlang dalam pembangunan ekonomi serta masyarakat majmuk.

 

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semasa memperkenalkan keadaan lawatan yang dilakukan satu rombongan diplomat negara Islam di wilayah Xinjiang semalam.

 

Rombongan diplomat yang dianggotai duta besar dari 30 buah negara Islam termasuk Algeria, Guinea-Bissau, Mauritania, Arab Saudi dan Pakistan tersebut telah melakukan lawatan di Xinjiang atas undangan pada 1 hingga 5 Ogos lalu.

 

Menurut Wang, masjid, maktab, komuniti kediaman, ladang kapas dan pusat latihan vokasional di bandar Kashgar, Aksu dan Urumqi, merupakan tapak kunjungan rombongan tersebut. Mereka berpeluang mendekati keluarga etnik Uygur dan berinteraksi dengan tokoh bidang keagamaan, mengunjungi pameran anti keganasan dan usaha membanteras kuasa pelampau di wilayah itu. Sehubungan itu, mereka juga dapat dengan mata kepala sendiri merasai dan menghayati suasana harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum serta suasana bebas beragama, dan menyaksikan pencapaian Xinjiang dalam pembasmian kemiskinan dan pembangunan desa tempatan.

 

Wang berkata, lebih 2,000 tokoh pelbagai bidang dari lebih 100 buah negara dan kawasan pernah melawat wilayah Xinjiang sejak Disember 2018, dan menjadi saksi ketenteraman masyarakat, kemakmuran ekonomi dan kebahagian rakyat di wilayah itu.

Tegas Wang, Sesetengah politikus dari negara Barat dinasihati mendengar suara masyarakat antarabangsa yang adil, jangan memutarbalikkan hakikat dan mereka-reka bohongan, dan berhenti saja mempermainkan plot “menyekat pembangunan China melalui isu Xinjiang”.