Modul Eksperimen Mengtian Tiba di Tapak Pelancaran

2022-08-09 15:09:02  cri
Share with:

 

Modul eksperimen kedua stesen angkasa China, Mengtian telah menyelesaikan semua kerja penyelidikan dan tiba di Tapak Pelancaran Wenchang, selatan China.

Demikian lapor Pejabat Kejuruteraan Angkasa Bermanusia China (CMSEO), pada Selasa.

Difahamkan, Mengtian akan menjalani pelbagai kerja pemasangan dan ujian akhir di kawasan tapak pelancaran.

Pada masa ini, kemudahan dan peralatan tapak pelancaran berada dalam keadaan baik, manakala sistem yang terlibat dalam ujian berkaitan Mengtian sudah bersedia dengan teratur.