Akta Cip dan Sains AS Berbau Diskriminasi dan Sekatan

2022-08-10 13:51:44  CRI
Share with:

Majlis Promosi dan  Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan Dewan Perniagaan Antarabangsa China  (CCOIC) menganjurkan persaingan antarabangsa yang baik dan adil, menentang  perbuatan Amerika Syarikat (AS) yang berdasarkan kekuatan negaranya menghalang  pertukaran dan kerjasama normal dalam bidang industri dan perniagaan global  serta berdasarkan diskriminasi terhadap negara lain mendorong persaingan tidak  adil.

Dimaklumkan bahawa Akta Cip  dan Sains yang dilancarkan AS bertujuan untuk memperkuat dominasi negaranya  dalam bidang berkenaan, mendorong persaingan tidak adil dengan "negara yang  diperhatikannya" termasuk China. Perbuatan itu dipercayai akan memperhebat  persaingan geopolitik dalam sektor semikonduktor dan menjadikan pemulihan  ekonomi dan pertumbuhan inovatif global  terjejas.

Menurut akta terbabit,  kerajaan AS menggalakkan perusahaan industri cip menubuhkan kilang di negaranya  menerusi langkah menyediakan subsidi dalam bilangan besar kepada perusahaan  domestik dan membatalkan cukai pelaburan dalam bidang semikonduktor dan  perkilangan peralatan. Fasal-fasal yang berbau diskriminasi terhadap sebahagian  syarikat seberang laut mendedahkan rancangan AS yang ingin mengubah pembahagian  antarabangsa dalam sektor berkenaan tanpa peduli kepentingan perusahaan dari  negara lain, termasuk yang dari China malah AS sendiri yang akan terjejas.  Sementara itu, menurut fasal menyentuh "penyelidikan dan inovasi", Washington  akan memastikan produk yang berteknologi "Buatan AS" dikeluarkan di dalam  negerinya .

CCPIT dan CCOIC menyeru  kalangan industri dan perniagaan global berganding bahu menghapuskan kesan  negatif susulan pelaksanaan akta itu dan mengambil langkah seperlunya untuk  memelihara kepentingan sendiri.