78.34 Peratus Responden Anggap China Momentum Ekonomi Dunia

2022-08-10 14:57:49  CRI
Share with:

Kira-kira 78.34 peratus responden dari 22 negara percaya ekonomi China sebagai momentum bagi ekonomi dunia, dan berperanan juga sebagai penjana keyakinan dan penggerak dalam pertumbuhan ekonomi global dalam sedekad lalu, menurut tinjauan umum bersama yang dijalankan oleh Rangkaian Televisyen Global China(CGTN) dan Universiti Renmin China baru-baru ini.

Tinjauan ini dijalankan terhadap responden dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Singapura, serta negara-negara membangun yang melibatkan Brazil, Argentina, Mexico, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Nigeria, Kenya dan Afrika Selatan.

Hasil tinjauan ini menyaksikan 91.46 peratus responden dari Afrika menyanjung tinggi pencapaian China dalam bidang ekonomi, diikuti Eropah dengan 81.6 peratus, manakala Amerika Utara menduduki tempat ketiga dengan 78.09 peratus.

Pembangunan China dalam bidang sains dan teknologi meninggalkan kesan paling mendalam kepada para responden.

Di Afrika, 73.87 peratus responden paling kagum dengan pembangunan teknologi 5G di China, dan 55.28 peratus responden memuji kereta api berkelajuan tinggi di negara ini. Di Eropah pula, 52.77 peratus responden mempunyai impresi mendalam terhadap kemajuan China dalam teknologi kecerdasan buatan.