Keamanan dan Keharmonian Dunia, Akar Budaya Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

2022-08-10 14:06:02  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan lebih ramai belia dari Malta menyertai aktiviti pertukaran kemanusiaan China-Malta dengan secara lebih aktif.

Demikian ujar beliau ketika membalas surat kepada pelajar dan guru dari 'China Corner' Sekolah Menengah Kolej St. Margaret Malta baru-baru ini.

Menurut Xi, dengan usaha bersama-sama kedua-dua negara, 'China Corner' Sekolah Menengah Kolej St. Margaret telah berperanan positif untuk meningkatkan persefahaman golongan belia dari Malta terhadap China, selain turut mendorong hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Beliau berharap, sudut tersebut akan menempa lebih banyak kejayaan dan turut mengalu-alukan kedatangan guru dan pelajar sekolah itu ke China untuk mengadakan pertukaran dan pelajaran.

Xi berkata, keamanan dan keharmonian antara semua negara di dunia merupakan aspirasi rakyat China sejak zaman dahulu, dan ia juga menjadi akar budaya bagi visi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Di dunia yang kita diami ini, sejarah dan realiti bertembung, harapan dan cabaran wujud bersama, dan takdir manusia berkongsi nasib dan musibah.

"Hanya dengan berganding bahu dan kerjasama menang-menang, barulah setiap insan berkongsi hasil pembangunan," ujar beliau.

Tambah Xi, China mengemukakan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global untuk mencapai konsensus yang meluas, menggembleng tenaga serta melakukan tindakan praktikal untuk mempraktikkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Jelasnya, inisiatif-inisiatif yang dikemukakan oleh China tersebut amat berkesan dalam mengatasi kesulitan pembangunan sejagat dan tatkala menghadapi cabaran keselamatan antarabangsa.

Xi turut menyatakan, China dan Malta yang menyambut ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik tahun ini menjadi teladan baik dalam hubungan persahabatan antara pelbagai negara dengan sejarah dan budaya yang berbeza.

Beliau berharap bahawa lebih ramai guru, pelajar dan belia Malta menyertai pertukaran kemanusiaan dengan China, dan menjadi penggalak dalam menggalakkan saling belajar tamadun, serta pewaris kepada hubungan persahabatan rakyat.

Sekolah Menengah Kolej St. Margaret merupakan sekolah komprehensif milik kerajaan dan 'China Corner' pula diwujudkan dengan sokongan China pada 2010.

Guru dan pelajar yang terlibat dengan 'China Corner' itu baru-baru ini mengirim surat kepada Presiden Xi untuk menyatakan minat mereka terhadap budaya China, serta memuji konsep komuniti kerkongsi nasib sesama insan, dan inisiatif BRI.

Mereka turut menyatakan kesediaan untuk memberikan lebih banyak sumbangan bagi pertukaran budaya kedua-dua negara.