AS dan Kuasa Pemisah yang Runcingkan Ketegangan Selat Taiwan

2022-08-10 13:37:05  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika mengulas pendakwaan diberikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken melibatkan isu Taiwan, menyatakan bahawa justeru AS dan kuasa pemisah untuk “Kemerdekaan Taiwan” merupakan yang sedang menjejaskan pelaksanaan prinsip “Satu China” dan meruncingkan ketegangan di Selat Taiwan.


Antony Bulinken dalam pertemuan dengan wartawan baru-baru ini menyatakan perubahan situasi di Taiwan dalam lebih 40 tahun ini diakibatkan China, bukan AS.


Wang pula berkata, jawapan tentang apa keadaan di perairan Selat Taiwan agak jelas, iaitu kedua-dua pantai Selat Taiwan dimiliki China yang bersatu, Taiwan sebahagian China, kedaulatan dan keutuhan wilayah China tidak pernah dipisahkan. Sehubungan itu, mengekalkan prinsip “Satu China” merupakan tindakan mengekalkan keadaan Selat Taiwan. Sebaliknya, perbuatan memutarbalik dan mencabar prinsip “Satu China” merupakan tindakan meruncingkan situasi Selat Taiwan.


Wang menunjukkan bahawa AS pernah secara hitam putih berjanji “mengekalkan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan” dalam “Pengumuan Penjalinan Hubungan Diplomatik China-AS”, tetapi pada masa tidak lama dahulu, memilih membiarkan pegawai peringkat tingginya termasuk Speaker Dewan Perwakilan melawat wilayah Taiwan.

Pada pihak lain, AS walaupun berkomitmen “akan beransur-ansur mengurangkan penjualan senjata kepada Taiwan, dan mengakhiri penjualan itu pada suatu masa” dalam “Pengumuman 17 Ogos”, tetapi bilangan jualan senjatanya kepada Taiwan kelihatan semakin meningkat. Nilai keseluruhannya sudah memecah USD70 bilion (RM312 bilion), antaranya USD1.1 bilion (RM4.9 bilion) adalah sumbangan kerajaan AS penggal ini.


Selain itu, AS pernah memberi komitmen tidak akan menjalankan dasar “Dua China” atau “Satu China, Satu Taiwan” dalam “Pengumuman 17 Ogos”, tetapi sekarang ini secara terang-terangan membantu Taiwan memperluas “ruang antarabangsa”, bahkan membantu pihak berkuasa Taiwan “memperkukuh hubungan dilpomatik dengan negara lain”.

AS juga bersubahat dengan pihak berkuasa Taiwan di samping menyokong kuasa pemisah untuk “kemerdekaan Taiwan” melalui pertunjukan otot di Selat Taiwan. 


Wang menegaskan China akan bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk melindungi prinsip “Satu China”, kedaulatan negara dan keutuhan wilayah di samping mencegah sebarang plot “menyekat China melalui isu Taiwan” dan menghancurkan ilusi pihak berkuasa Taiwan untuk “mengejar kemerdekaan dengan bergantung pada AS”.