Kemaraan China dalam Pergolakan Dunia

2022-08-11 15:13:43  CRI
Share with:

Sejak tahun ini, Presiden China, Xi Jinping terus memberi garis panduan tentang perkembangan semasa pasca wabak COVID-19, dan mengemukakan pendekatan China yang berteraskan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, yang dilihat sebagai kebijaksanaan China bagi kerjasama antarabangsa.

Seawal 4 Februari, Xi telah menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing di tengah-tengah kawalan wabak COVID-19 yang pantas. Turut hadir, 170 wakil kerajaan dari 70 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, termasuk 31 orang pemimpin negara, kerajaan dan anggota keluarga diraja serta penanggungjawab pertubuhan antarabangsa.

Sebagai negara pengerusi mekanisme BRICS buat kali ketiga, China berjaya menganjurkan forum industri dan perniagaan, mesyuarat ke-14 pemimpin negara BRICS dan dialog peringkat tinggi pembangunan global secara hibird pada akhir Jun. Presiden Xi yang memilih menghadiri kesemua aktiviti tersebut, turut mengumumkan penubuhan “Tabung Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan”, akan menambah peruntukan kepada Tabung Kedamaian dan Pembangunan antara China dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan menubuhkan Pusat Penggalakan Pembangunan Global. Kesemua 32 senarai hasilan yang disiarkan China kemudian merangkumi pembanterasan kemiskinan, keselamatan bijirin, penangkisan wabak dan pengeluaran vaksin, pembiayaan pembangunan, perubahan iklim dan pembangunan hijau.

Keamanan adalah prasyarat bagi pembangunan. Pada sidang tahunan Forum Asia Boao pada April, Xi telah mengemukakan Inisiatif Keselamatan Global. Sempena berlangsungnya siri aktiviti BRICS, beliau menegaskan peri pentingnya untuk merintis satu jalan keselamatan baharu yang menjunjung tinggi ‘tidak berlawanan melainkan berdialog’, ‘tidak bersekutu melainkan berkawan’, dan ‘tidak campur tolak melainkan sama menang’.

Sementara itu, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuatkuasa secara rasmi sejak tahun ini, boleh membantu Asia menjadi pasaran besar yang lebih terbuka. Dimaklumkan, pada tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan China-ASEAN meningkat 13.2% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan mencatat RMB3.53 trilion (RM2.33 trilion), iaitu menyumbang 15% keseluruhan perdagangan China.

Pada Forum Ekonomi Dunia 2022, Xi berkata, China akan melaksanakan kewjipan, memperdalam ikatan ekonomi dan perdagangan dengan pelbagai pihak, di samping mendorong proses untuk menganggotai Perkongsian Trans Pasifik Komprehensif dan Progresif (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA), agar meningkatkan pertembungan dalam ekonomi serantau dan sedunia demi pencapaian yang sama menang dan saling menguntungkan.