Penggunaan Komersial Teknologi 5G China Masuki Kitaran Baik

2022-08-11 14:14:25  CRI
Share with:

Persidangan 5G Dunia 2022 yang bertemakan "5G + By All For All" membuka tirainya di Harbin, utara China, pada Rabu.

Sejak penggunaan komersial 5G dilancarkan tiga tahun lalu, industri 5G di China kini telah memasuki fasa penggunaan berskala besar dan penggunaan komersialnya turut menampakkan kitaran baik.

Setakat ini, lebih 200 syarikat pengendali di seluruh dunia telah membina rangkaian komersial 5G dengan bilangan sambungan ke 5G dijangka mencatat kira-kira 1.2 bilion menjelang akhir tahun ini.

Tempoh dua hingga tiga tahun akan datang akan menjadi tempoh tetingkap penting untuk menyemai lagi ekologi aplikasi 5G.

Sehingga Jun lalu, China telah membina 1.85 juta stesen 5G yang meliputi kesemua kawasan bandar, pusat kaunti dan 92 peratus kawasan peringkat pekan.

Jumlah pengguna 5G China kini mencatat 455 juta, manakala jumlah stesen dan penggunanya masing-masing menduduki lebih 60 peratus dunia.

Menurut statistik, dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 5G digunakan secara komersial, jumlah pelaburan pengendali melebihi RMB400 bilion (RM250 bilion) dan turut merangsang pengeluaran ekonomi sebanyak RMB8.6 trilion (RM5.3 trilion).

Ia sekali gus memberi sokongan kuat terhadap kerja dan kehidupan dalam talian seperti pembelajaran, penyelidikan saintifik serta pencegahan dan kawalan wabak dalam tempoh penularan pandemik COVID-19.

Setakat ini, China berjaya membina prasarana Internet yang berskala besar dan berkualiti tinggi, sementara pembangunan teknologi 5G sedang ditransformasi daripada pembinaan rangkaian secara besar-besaran kepada promosi pengaplikasian.