Wang Yi: Berwaspada dengan Pergerakan Berbahaya di Selat Taiwan

2022-08-11 12:15:27  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi pada Rabu menyeru pelbagai pihak terus berwaspada dengan "tiga pergerakan berbahaya" terhadap perkembangan situasi di Selat Taiwan.

Dalam pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari Mongolia, Korea Selatan dan Nepal baru-baru ini, Wang menegaskan lagi pendirian China terhadap lawatan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke pulau Taiwan yang disifatkan sebagai provokasi politik secara terang-terangan.

Wang memberi amaran bahawa AS meningkatkan kehadiran tenteranya di rantau ini dengan berniat memburukkan lagi situasi dan mengakibatkan krisis baharu yang lebih serius.

Ketika menyebut puak pemisah untuk "kemerdekaan Taiwan" yang memegang persepsi yang salah, Wang menasihatkan mereka supaya jangan berjalan semakin jauh mengikut jalan memisahkan negara dan bangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa terdapat segelintir politikus dari sesetengah negara memutarbelitkan fakta dan menunjukkan lakonan politik dengan mencontohi kegiatan AS untuk mengaut keuntungan politik peribadi. Tindakan mereka akan menjejaskan secara serius asas politik untuk berkomunikasi dengan China dan memberi dampak kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan sistem antarabangsa pasca Perang Dunia II.

“China dalam kertas putih yang bertajuk ‘Isu Taiwan dan Penyatuan Negara China pada Era Baharu" baru-baru ini menghuraikan secara komprehensif asal usul sejarah serta dasar dan cadangan berhubung isu Taiwan.

“China bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang  mencintai keamanan dan keadilan, menolak semua perkataan dan tindakan yang mencampuri urusan dalaman China, dengan tegas menentang semua pergerakan berisiko yang boleh menjejaskan keamanan di Selat Taiwan, dan bersama-sama memelihara prinsip Satu China,” kata Wang.

Menteri Luar China juga menggesa usaha untuk menegakkan manifesto dan prinsip Piagam PBB bagi bersama-sama mengekalkan kestabilan serantau dan keamanan dunia.